birokrasi projek rumah mampu milik P.Pinang

Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang (FAC) mempersoalkan bagaimana pemaju tertentu mendapat ‘laluan pantas’ bagi kelulusan projek mereka tetapi sebaliknya berlaku bagi projek perumahan mampu milik kerajaan persekutuan.

Pengerusi FAC Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, terdapat 2 lorong dibuka bagi kelulusan cepat kepada pemaju swasta manakala projek perumahan persekutuan dimasukkan ke dalam ‘lorong perlahan’.

“Ini lebih buruk daripada diketepikan. Kami diseksa. Kami menunggu dengan sabar bagi tempoh yang lama.

“Mesyuarat kami dengan kerajaan Pulau Pinang ditangguhkan selama 28 kali. Ia seteruk itu.

“Saya berharap pihak berkuasa Pulau Pinang boleh mengurangkan birokrasi dan mengurangkan peraturan ketat bagi mereka yang mahu membina rumah mampu milik,” katanya.

Zainal, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, berkata sekurang-kurangnya 10,000 projek perumahan persekutuan dipersetujui, hanya 4,000 diluluskan dan ia juga hanya selepas masa yang sangat lama.

Beliau berkata, 4,000 rumah yang diluluskan adalah sebahagian daripada permintaan untuk kelulusan perancangan membina 10,000 rumah yang dikemukakan kira-kira ‘3 hingga 4 tahun lalu’.

“Kami mempunyai sekurang-kurangnya 6,000 lagi rumah yang sedang menunggu kelulusan perancangan daripada pihak berkuasa tempatan,” kata Zainal.

Sementara itu, Zainal juga mengumumkan 5,000 Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mendapat kelulusan kerajaan Pulau Pinang.

Katanya projek Tasek Gelugor, Butterworth mempunyai bilangan terbesar iaitu 2,387 unit, diikuit Batu Ferringhi (1,450 unit) dan Bukit Gelugor (905).

Zainal berkata, setakat ini kerajaan persekutuan membina 5,950 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang sejak 2008 hingga 2016.

Beliau berkata, dalam perancangan lain terdapat 39 projek baru bagi membina 46,602 unit rumah.

Bagi projek Perumahan Awam 1Malaysia, 5 sedang dirancang di Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Bayan Lepas. Sebanyak 13,455 unit dijangka dibina yang kini masih menunggu pelaksanaannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: