TEMPOH SEWA KUMPULAN PERTAMA RUMAH TRANSIT 1MALAYSIA SEDIA DILANJUTKAN

Kumpulan pertama penduduk Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) Pinggiran Bukit Jalil kini boleh terus menyewa rumah terbabit sehingga akhir tahun ini, kata Tan Sri Noh Omar.

Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berkata ketetapan lanjutan tempoh sewa itu dibuat selepas mempertimbang beberapa masalah yang dihadapi penghuni kediaman RT1M.

Noh berkata tempoh sewa bagi kumpulan pertama seramai 162 orang itu sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini selepas genap dua tahun.

Kata Noh, setakat ini pihaknya menerima 111 rayuan dari 162 penyewa terbabit untuk melanjutkan tempoh sewaan mereka.

“Saya beri jaminan mana-mana penyewa yang memenuhi peraturan dengan membuat bayaran secara konsisten kita akan beri kelulusan dengan menyambung sewa mereka sekurang-kurangnya setahun sehingga akhir tahun ini dan sehinggalah satu dasar baru yang akan diberitahu kemudian,” katanya.

Noh memberitahu demikian dalam sidang media pada Majlis Ramah Mesra Penduduk RT1M di Pinggiran Bukit Jalil, Kuala lumpur, malam tadi.

Turut hadir timbalannya Datuk Halimah Mohamed Sadique, Ketua Pengarah Perumahan Negara, Datuk Abdul Rahim Ishak dan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

RT1M adalah bagi membantu pasangan muda baru berkahwin yang berpendapatan isirumah RM3,000 ke bawah dengan kos sewaan rendah bagi meringankan beban mereka.

Mengulas lanjut, Noh berkata ciri-ciri utama penyewa yang akan disambung tempoh sewaan mereka juga akan diberi keutamaan oleh pihaknya.

“Dari rayuan yang kita dapat, ada yang sudah tamat tempoh dan rayuan yang kita perolehi sebanyak 111 dan kita sedang pertimbangkannya.

“Ciri-ciri pertama yang kita akan beri keutamaan adalah bagi mereka yang konsisten membayar sewa bulanan. Di sini kalau kita lihat ada juga yang tak membayar tunggakan seramai 33 orang, sewa rumah tak bayar, bil elektrik tak bayar, yang macam ini kita akan lihat sama ada perlu diberikan lanjutan atau tidak,” kata Noh.

Malah, Noh berkata kadar sewa RT1M bagi penyewaan yang dilanjutkan itu tidak akan dinaikkan dan kekal RM250 sebulan.

Terdahulu Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang mencadangkan agar kadar sewaan RT1M dinaikkan kepada RM500 sebagai tabungan danpenghuni RT1M boleh terus tinggal di kediaman mereka bagi tempoh lima tahun lagi.

Kata Noh cadangan itu dibuat pihaknya ekoran terdapat banyak rayuan daripada penyewa yang mahu terus menetap di sana.

“RM250 kekal sebagi kadar sewaan manakala RM250 lagi sebagai tabungan penduduk sebagai persiapan mereka dalam menyediakan deposit untuk membeli rumah sebaik sahaja tempoh masa yang ditetapkan itu berakhir,” katanya.S

Sumber – http://www.nohomar.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: