Negeri Dan Kerajaan Berkebajikan hanyalah slogan. PKR Tempik Halau Peniaga!

UMNO Bahagian Ampang mempersoal dimana kebajikan seperti yang kerajaan negeri Selangor laungkan untuk menjaga kepentingan rakyat kerana terdapat peniaga yang diusir secara keras setelah berniaga di kawasan tersebut sebelum merdeka lagi.

Menurut Ketua Bahagiannya Datuk Ismail Kijo peniaga tersebut, Lai Song yang berusia 73 tahun telah diarahkan keluar daripada kawasan itu tanpa memberi sebarang pampasan, malah kawasan baharu yang ditempatkan itu tidak mempunyai sebarang kemudahan seperti elektrik dan air.

Lebih teruk lagi keadaannya apabila pihak yang mengusir peniaga itu keluar adalah ahli Majlis Pakatan Harapan yang mewakili PKR iaitu Fong Teck Yong.

Sebelum itu Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengarahkan peniaga tersebut keluar daripada kawasan itu dalam masa dua bulan bermula selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Namun pemimpin PKR itu mendesak supaya Lai Song keluar pada 28 Februari ini.

“Pemimpin PKR itu datang pada 2 hari lepas membawa pihak MPAJ supaya mengarahkan Lai Song keluar pada 28 Februari ini juga padahal MPAJ beri tempoh dua bulan kepada mereka. Mana pergi yang kata kerajaan negeri Selangor menjaga kebajikan rakyat kalau macam ni caranya?

“Lebih teruk bila mereka minta bantuan dari pemimpin PKR itu, dia boleh kata kalau nak minta tolong pergi cari MCA dengan BN, kenapa kena libatkan sentimen politik dalam hal ini? ” katanya pada sidang media pada sesi lawatan di Pasar Pekan Ampang,  Khamis.

Turut dilaporkan alasan gerai itu dirobohkan adalah kerana dibina di atas status jalan raya.

Namun sebelum ini MPAJ mengeluarkan arahan terdapat dua gerai yang akan dirobohkan, namun kini hanya gerai milik Lai Song yang diarahkan untuk dirobohkan.

Sementara arahan terhadap sebuah gerai lagi untuk dirobohkan telah ditarik balik.

“Kalau nak roboh biar roboh semua jangan ada double standard.  Kalau kita dulu masa BN menjaga kawasan Ampang, kita tak akan suka hati merobohkan sesuatu kawasan tanpa memberi pampasan atau ganti rugi kepada mereka.

“Macam PH,  mereka bagi lokasi tapi tak tahu itu tanah siapa.macam mana dengan kerugian mereka yang perlu ditampung? ” soalnya lagi.

Ujarnya lagi, pihaknya bersama MIC, MCA dan GERAKAN akan menghalang perkara itu berlaku dan akan membuat demonstrasi bagi mempertahankan peniaga tersebut daripada diusir keluar.

“Mereka perlu bertimbang rasa,  peniaga ini sudah berniaga lebih 100 tahun,  sebelum merdeka lagi,  takkan kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk membantu mereka sedikit pun?

“Kerajaan negeri tak boleh buat macam tu, kalau pentadbiran sahaja yang maju tapi pemimpinnya berfikiran ke belakang susahlah rakyat Selangor nanti, “ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: