Pembahagian kerusi di Selangor, PAS tersisih?

Pakatan Harapan telah merancang secara sembunyi  membuat pembahagian kerusi di Selangor tanpa kehadiran PAS.

Menurut sumber yang diperolehi, pembahagian tersebut telah mendapat persetujuan bersama antara PKR, DAP, PAN dan PPBM dengan jumlah kerusi yang telah ditetapkan untuk masing-masing.

Namun perkara itu diselindungkan daripada PAS berikutan tindakan parti Islam itu yang dilihat masih bermain tarik tali untuk meneruskan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang itu.

Menurut sumber lagi, jumlah kerusi yang ditetapkan untuk PKR adalah 18, dan 15 untuk DAP. Manakala 15 kerusi asal PAS telah dibahagikan kepada dua parti baharu iaitu 14 untuk PAN dan 9 lagi untuk PPBM.

Daripada jumlah tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 56 DUN dan tidak mempunyai baki langsung yang ditinggalkan untuk PAS.

Keadaan ini sekaligus memungkinkan PAS disisihkan daripada gabungan blok pembangkang tersebut dan Pakatan Rakyat terus dikuburkan di Selangor.

Selain itu, daripada maklumat tersebut ia juga menunjukkan PKR tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan PAS.

Malah banyak kawasan DUN di Selangor juga bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Ini bermakna peluang UMNO BN untuk menawan kembali Selangor semakin cerah akibat perpecahan PAS dengan PKR dan parti pembangkang lain.

Ditambah pula dengan isu dalaman yang berlaku dalam Selangor seperti krisis air dan tempat perjudian yang banyak serta wang khairat kematian disalahgunakan oleh pemimpin kerajaan negeri Selangor, ia sekaligus memberi peluang kepada UMNO BN untuk menewaskan pakatan harapan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: