Serahkan sahaja kerusi PAS di Selangor kepada PAN dan PPBM

Adalah lebih baik jika menyerahkan kerusi DUN selangor PAS kepada PAN dan PPBM bagi mempertahankan Pakatan Harapan terus memerintah di Selangor.

“Kalau benar ada baiknya. Kerusi untuk PAS boleh dibincang kembali bila PAS bersedia untuk bersama, sekiranya bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas maklumat yang didedahkan sumber tentang perancangan Pakatan Harapan yang telah membahagikan 56 kerusi DUN selangor tanpa PAS.

Ia telah dipersetujui bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM dengan jumlah kerusi yang telah ditetapkan untuk masing-masing.

Namun perkara itu diselindungkan daripada PAS berikutan tindakan parti Islam itu yang dilihat masih bermain tarik tali untuk meneruskan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang itu.

Menurut sumber lagi, jumlah kerusi yang ditetapkan untuk PKR adalah 18, dan 15 untuk DAP.

Manakala lebihan 15 kerusi asal PAS telah dibahagikan kepada dua parti baharu iaitu 14 untuk PAN dan 9 lagi untuk PPBM.

Namun begitu, Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menjelaskan yang beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Saya tak tahu,” katanya ringkas.

Sebelum ini, PAS dikatakan masih mempunyai kerjasama politik dengan PKR di Selangor menerusi gabungan Pakatan Rakyat namun tidak mahu lagi berunding dengan DAP.

Keadaan itu menyukarkan Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuat sebarang perbincangan, malah pelawaan Azmin terhadap PAS supaya menyertai Pakatan Harapan turut ditolak mentah-mentah.

Hasil daripada itu PKR dilihat telah berputus asa untuk terus memujuk PAS sekaligus menutup pintu rundingan dengan parti Islam itu.

Keadaan semakin jelas apabila jumlah pembahagian kerusi turut menunjukkan yang PAS tidak mempunyai jumlah bilangan kerusi yang dipertandingkan dalam PH sekaligus bakal meyaksikan pertembungan tiga penjuru pada PRU nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s