Tiada Bayaran, Mahupun Ganjaran Jawatan – Datuk Jamal

Tiada wang mahu pun jawatan diberikan kepada pengikut yang sentiasa bersama dalam program diadakan, demikian tegas Datuk Jamal Md Yunos.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos menafikan dakwaan kononnya penyokongnya berbayar untuk kekal setia bersamanya.

“Tiada wang ringgit, jawatan mahupun habuan kereta Ferrari diberikan jika mereka mengikut saya kecuali satu sahaja iaitu untuk meneruskan perjuangan bersama-sama.

“Justeru, dakwaan mengatakan mereka ini mengikut saya kerana berbayar adalah tidak tepat sama sekali,” katanya ketika Wacana Sinar Harian, Politik: Perjuangan atau Populariti baru-baru ini.

Tambahnya lagi, beliau juga mempunyai tanggungjawab untuk membawa para pengikutnya supaya tidak termakan hasutan.

“Saya tidak suka para pengikut saya mendengar hasutan-hasutan jahat daripada pihak lain yang nyata ingin membawa golongan muda khususnya untuk membenci kerajaan.

“Justeru saya mengambil inisiatif untuk bawa mereka bersama-sama saya untuk tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah daripada pihak lain ini,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: